ナジブ・ラザクさんのインスタグラム写真 - (ナジブ・ラザクInstagram)「Samar-samar bunyi kedengaran di luar. Sinar cahaya menyentuh lembut. Yang bertukar kegelapan saban hari  Datang dan berlalu pergi. 2022.  Ada yang melalui kejayaan kecemerlangan kegembiraan  Di kalangan kita juga ada mengharungi keperitan kepayahan kegagalan  Buat kami, dan yang memahami, hanya kesedihan dan kekecewaan dipendam dalam hati  Laungan keadilan penuh ditenggelami arus percaturan diselubungi kezaliman  Kepada siapa lagi perlu merayu dan apakah lagi peluang pembelaan yang ada di masa yang bukan sahaja menguji bahkan membinasakan ini  Musibah yang mencabar ketahanan, keupayaan pada hamba-Nya yang semakin lemah, rapuh  Masa sangat berharga. Tidak menanti sesiapa.  Apatah lagi buat yang menghitung hari di lanjut usia menanti jemputan-Nya  Terpisah. Jauh dari mata susuk tubuhnya.  Tidak di sisi bersama, melihat anak cucu membesar. Saat-saat paling bermakna.  Berpegang kepada ingatan, kenangan, memori, gambar yang ada.  Hati yang rindu ini dibawa ke tahun baru.  Berpaut pada secebis harapan, mengutus doa kepada Allah SWT.  Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Ya Allah.  Kami menadahkan tangan-tangan ini kepada-Mu, mendoakan Rahmat-Mu  Sesungguhnya Rahmat-Mu adalah luas dan meluasi segala sesuatu.  Kurniakanlah kesihatan yang baik kepada hamba Mu yang ikhlas.  Berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah.  Tenangkan hati dan perasaan ini Ya Allah.  Berikan kekuatan menghadapi ujian dan permudahkanlah segala urusan yang ada.  Berkatilah dan ampunilah hamba-hambaMu.  Limpahkanlah rahmatMu kepada kami dan semua umat Islam.  Semoga tahun 2023 membawa sinar kebahagiaan dan kejayaan buat semua.」12月31日 21時04分 - najib_razak

ナジブ・ラザクのインスタグラム(najib_razak) - 12月31日 21時04分


Samar-samar bunyi kedengaran di luar. Sinar cahaya menyentuh lembut. Yang bertukar kegelapan saban hari

Datang dan berlalu pergi. 2022.

Ada yang melalui kejayaan kecemerlangan kegembiraan

Di kalangan kita juga ada mengharungi keperitan kepayahan kegagalan

Buat kami, dan yang memahami, hanya kesedihan dan kekecewaan dipendam dalam hati

Laungan keadilan penuh ditenggelami arus percaturan diselubungi kezaliman

Kepada siapa lagi perlu merayu dan apakah lagi peluang pembelaan yang ada di masa yang bukan sahaja menguji bahkan membinasakan ini

Musibah yang mencabar ketahanan, keupayaan pada hamba-Nya yang semakin lemah, rapuh

Masa sangat berharga. Tidak menanti sesiapa.

Apatah lagi buat yang menghitung hari di lanjut usia menanti jemputan-Nya

Terpisah. Jauh dari mata susuk tubuhnya.

Tidak di sisi bersama, melihat anak cucu membesar. Saat-saat paling bermakna.

Berpegang kepada ingatan, kenangan, memori, gambar yang ada.

Hati yang rindu ini dibawa ke tahun baru.

Berpaut pada secebis harapan, mengutus doa kepada Allah SWT.

Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ya Allah.

Kami menadahkan tangan-tangan ini kepada-Mu, mendoakan Rahmat-Mu

Sesungguhnya Rahmat-Mu adalah luas dan meluasi segala sesuatu.

Kurniakanlah kesihatan yang baik kepada hamba Mu yang ikhlas.

Berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah.

Tenangkan hati dan perasaan ini Ya Allah.

Berikan kekuatan menghadapi ujian dan permudahkanlah segala urusan yang ada.

Berkatilah dan ampunilah hamba-hambaMu.

Limpahkanlah rahmatMu kepada kami dan semua umat Islam.

Semoga tahun 2023 membawa sinar kebahagiaan dan kejayaan buat semua.


[BIHAKUEN]UVシールド(UVShield)

>> 飲む日焼け止め!「UVシールド」を購入する

27,481

655

2022/12/31

ナジブ・ラザクを見た方におすすめの有名人